Tanda hitam pada dahi bukan petanda soleh, alim dan warak



“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).” [48:29]

Ayat Quran di atas bukan dalil untuk mengatakan bahawa tanda hitam di dahi seseorang muslim itu adalah orang yang soleh, alim mahupun warak. Ia adalah kerana soleh, alim dan warak ini ditentukan oleh ilmu, iman dan taqwa dalam diri. Adapun tanda yang terdapat pada sesetengah orang ini adalah kerana mereka adalah orang yang kuat solatnya (ibadah) atau lama sujudnya (ahli sujud). Namun kita tidak boleh mengagungkan atau memperlekehkan orang sebegini kerana mereka adalah makhluk Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam hidup (bukan maksum).

Dan tak semestinya juga orang yang kuat solat atau lama sujud itu akan berbekas pada dahinya. Mungkin juga ia mengikut kepada keadaan kulitnya bagaimana, adakah lembut, keras dan sebagainya. Ini semua adalah kehendak Allah. Walau apa pun harus dibetulkan persepsi masyarakat bahawa tanda hitam pada dahi itu tidak boleh membuatkan seseorang itu kagum dan mengatakan orang itu soleh, alim dan warak. Ketahuilah orang yang soleh, alim dan warak itu boleh dilihat pada wajahnya yang bercahaya. Namun sikap berbaik sangka dengan semua orang adalah dituntut dalam Islam.

Saidina Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah SAW, digelar As-Sajad disebabkan bila beliau solat, beliau sujud lama sehingga 30 minit pada setiap kali sujud dan ada tanda di dahi beliau, disamping karomah lainnya iaitu sentiasa berbau harum kasturi.

Alim, soleh dan warak itu letak dalam hati menerusi imannya, letak dalam percakapan melalui lidahnya, letak pada akhlak iaitu cara hidupnya, bukan pada dahi.

Artikel berkaitan

  1. :?: assalamualaikum…. Saye confuse….klau tanda 2 tibe2 ade kat kpale saye…. Maksudnye sye x ikhlas solat ke?

  2. ikhlas dalam solat hanye diketahui oleh Allah..tanda2 tak pnting…bagi saya usaha kite ke arah mendapat kekhusyukkan dlm solat.

  3. Salam semua. Ini adalah sekadar pandangan. Yang dimaksudkan dengan tanda didahi adalah dari Allah kepada yang mencari kebenaran yang hak dan batil. Tanda hitam ini boleh dihilangkan dengan langkah mengikut syariat. Kondisi tanda hitam ini menunjukkan akan kebaikkan dan keburukkan pada diri mengikut syariat Islam itu sendiri. Majoriti golongan yang dizahirkan tanda ini adalah semata-mata untuk memperbaiki akidah yang kita lakukan setiap hari kerana Allah. Dan paling penting tanamkan dalam diri 100 peratus melaksanakan rukun islam, iman dan ihsan sesempurna yang boleh. Bila Allah reda dan terima seluruh amal kita maka hilanglah tanda itu. Wallah hualam

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>