Cara sebenar operasi cegah maksiat yang perlu diikuti

Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan. Ini kerana operasi ‘tangkap khalwat’ selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini. Ramai orang menyangka tanpa operasi ‘tangkap khalwat’ maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat. Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi.

Maka dengan ini saya mencadangkan beberapa perkara berikut mestilah difahami dan diberikan perhatian dalam operasi ‘tangkap khalwat’; Read more »

Mati kerana operasi cegah maksiat

Soalan: Semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku? Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati?

Jawapan: Ya, saya berdukacita dengan berita kematian seorang individu kerana lari daripada intipan pihak pencegah maksiat yang cuba menangkapnya kerana khalwat. Kes ini bukan yang pertama. Sudah berapa banyak kes yang sama berlaku dalam negara kita. Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia telah memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini, yang sememangnya telah lama salah faham disebabkan tindakan masyarakat muslim itu sendiri. Di sini saya suka menyebut beberapa perkara secara umum mengenai kes-kes yang telah berlaku; Read more »

Perkenalan antara lelaki dan perempuan

Dalam islam ada syarat-syarat untuk berkenalan antara lelaki dan perempuan. Ini adalah kerana jika ia tidak dijaga, maka akan musnahlah sifat malu dalam diri masing-masing dan akan berleluasalah pergaulan antara bukan mahram seperti zaman yang sedang kita lalui. Mari dengarkan kuliyah ini..

Moga kita dapat menjaga diri dan keluarga dari azab neraka.. Marilah berubah..

Abang, kakak dan adik angkat

Zaman sekarang sudah menjadi kebiasaan anak muda mahupun dewasa mengambil abang, akak atau adik angkat sebagai teman tanpa menjaga batas-batas dalam pergaulan. Apakah hukum mengambil saudara angkat sebegini? Dengarkan..

Moga kita dapat mengubah gaya hidup dan taat pada ajaran Islam..

Apa yang perlu dibuat setiap hari?

  1. Sentiasa patuh dan taat kepada ajaran islam yakni patuh kepada Allah dan Rasulullah.
  2. Sentiasa muhasabah diri dan melihat kesilapan yg dilakukan dan cuba berhijrah ke arah lebih baik.
  3. Sentiasa merendah diri dan melihat orang yg nasibnya lebih teruk dari kita agar timbul rasa bersyukur.
  4. Sentiasa cuba untuk menegur bila ternampak orang lain berbuat maksiat dan kesalahan dan elakkan sengaja mencari salah orang.
  5. Sentiasa cuba menasihati dan mengajak saudara sesama islam untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
  6. Sentiasa berusaha mempelajari ilmu agama dan mengamalkan apa yg dipelajari agar dapat ia memperbaiki diri.
  7. Sentiasa cuba membantu orang yg susah sekadar kemampuan diri dan sentiasa berbuat baik pada semua orang.
  8. Sentiasa cuba berusaha menjadi lebih baik daripada semalam dan berusaha membersihkan hati dari segala prasangka.
  9. Sentiasa belajar memaafkan kesalahan orang lain kepada kita dan jadikan diri seorang yg lambat marah dan cepat redanya.
  10. Sentiasa ada rasa syukur dan mengharap kepada Allah sahaja di waktu senang dan susah dengan keyakinan tinggi iaitu Allah pasti bersama kita.
Page 10 of 111234567891011