
Di akhir zaman ini yang serba maju ini masih ada golongan yang menggunakan sihir yang telah wujud ribuan tahun sebelum ni. Jika ia digunakan untuk kebaikan pasti tidak timbul masalah, tetapi bagaimana jika ia digunakan untuk keburukan misalnya untuk memisahkan suami isteri yang bahagia dan sebagainya. Mari kita sama-sama pelajari cara untuk mengelakkan sihir.
Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW.“ ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Kedua, bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya : “Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” ( Al-Hijr: 42)


